»

Wednesday, March 30, 2011

home made red velvet

hari tu ada cakap yang nak buat kek red velvet kan.. hehehehe.. ini dia.. tapi tak buat la bentuk cup cake.. buat sebijik je senang kerja.. tak berani la memandai.. tutorial dia buat sebijik.. kita pun tiru sebijik sebijan... kang tak jadi pulak...







teheeeeeeeeee.. percubaan menjadi, cuma kek nampak cacat sikit sebab tinggi sangat.. nanti next time kene bakar dalam loyang yang lebar sikit.. cheese frosting pun agak cair sebab si bijak ira ni adun lame sangat.. tapi tak mencacatkan rase yang sedap sehingga menjilat pinggan.. mission complete.. next time mesti lagi cantik.. biasa la first time.... buat la korang.. sedap dan cantik.. saya belajar dr website ni.. sgt mudah dan ade video lagi...--->joyofbaking

Tuesday, March 29, 2011

abang engagement

cerita bulan january.. berperam peram.. berkepuk kepuk..

okay january 2011, the one and only my abang dah selamat bertunang dengan pilihan hatinya.. dengan orang melaka.. janji ikat mungkin dalam 1 tahun. maybe tahun ni jugak kawin atau awal tahun depan..

ada la serba sedikit gambar yang mmg kualiti sangat hampeh dek kamera jatuh ke tangan insan lain yang mmg tak tau gune itu kamera.. nak buat camno.. jadi la dari takdo ek...


ini hantaran from abang


hantaran dari belah perempuan


weols sefamily dengan tunangnya...tak include abg


rombongan pihak lelaki


nak describe lebih-lebih pasal bakal kakak ipar pun tak tahu.. sebab mmg tak familiar sgt dengan dia.. jadi.. tunggu dan lihat sahaja..

Monday, March 28, 2011

advantages of surfing internet..

tajuk dah macam nak buat karangan...tak.. tak.. ini entry ringan-ringan saja.. saja gedix nak buat tajuk ilmiah gitu.. ilmiah sangat

boleh dikatakan semua org suka surf internet.. dari hobi berblogging, facebook, youtube, online shopping dan macam2 lagi.. aku pun suka surf internet.. kalau sehari tak surf rase macam tak berilmiah itu hari.. hik hik hik...

selalu of coz la bukak blog kesayangan walaupun tak terhupdate.. pastu check facebook.. kot kot la ade mamat hensem lagi kaya serta beriman pm kan.. ok tak da terus ke youtube download raja lawak atau tgk video yang best.. pastu bukak lagi satu tab ushar plak bod gosip artis.. dan yang terpaling best aku jugak selalu ushar resipi... heheheh.. pompuan kan!!!...

lazat kan?? (gambar google)

balik kg minggu lepas ajak mak buat.. hehehehe.. gerak g kedai kek wah seng then petang nye terus buat.. teheeeeee.. jadi ok.. nanti kita kasik jaja kat next entry.. gambar tarak transfer lagik..

trouble is a friend

masa lepas SPM mmg tak tahu hala tujuan. kebetulan masa tu tgh zaman-zaman budak-budak main friendster dan Ym. aku la.. tu aku la.. jadi lepas dapat result SPM yang teruk, dalam kepala otak terus tak pikir lain.. yes IT.. mmg minat.. padahal minat kat friendster ngan YM je... mula-mula 1st intake mmg tak dapat, lepas beberapa minggu dapat call dari UTHM tuk register secepat mungkin.. yes kos IT...

masa waktu diploma seriously mmg tak pernah study.. semuanya pakai tangkap muat je... org pegi kelas, aku pegi kelas, orang buat assignment aku buat assignment, kene present aku present.. semualah.. tapi buat tak pakai hati. buat sebab kene buat...

lepas diploma, mungkin rezeki murah dapat la offer dari badan berkanun, (semi gov).. jawatan programmer.. hah hambek ko.. macam mana ??? mase belajar satu hapa pun dah tak ingat.. mmg hari-hari otak serabut.. start dari mula la jugak.. lagipun keje dengan study totally tak sama. mmg tak la dia nak suruh ko buat benda senang-senang masa study dulu.. tapi ada berani nak cakap tak boleh.. usaha dulu.. usaha dulu..

kalau nak diikutkan mmg rase macam kejap.. tup tap.. tup tap.. dah nak dekat tiga tahun aku kerja, sekarang pun dah smbg study degree comp science secara part time di ipta.. rase macam kejap..

tapi kenapa la semakin aku cuba semakin aku tak "in".. tak pasti lah dengan tempat kerja ni, means environment, bos, rakan sekerja.. ataupun di negeri ini. which is KL yang mmg tak boleh "in" langsung.. atau dengan rumah yang ok tapi tak seperti rumah sendiri.. atau sememangnya aku tak gemar dengan kerja ini.. atau mmg aku tak gemar dengan agensi ini..

ketidaksenangan yang disumbangkan oleh setiap faktor menjadi aku tak senang duduk... semakin tak boleh detect dari mana main problem.. jadi aku nak salah kan semua... runsing.. yes!!.. trouble is a friend


dah la kepala banyak pikir masalah, pegi tambah masalah lagi. yang aku gatai pegi tgk cite ni buat ape?


lagi serabut.. dah korang jangan nak tengok.. merugikan duit je..

Saturday, March 19, 2011

malam tadi

teheeeeee... semalam final raja lawak.. walaupun kat rumah sewa ni tak de astero tapi tetap still ikut raja lawak dari video-video kat youtube.. tapi final tak best ah kalau lambat dari org lain kan... nak jugak tgk live... sedih punya sedih, google punya google tetibe ting*** sinaran baru telah menceriakan hidupku.. ada live streaming online... dengan semangat nye... tgk di Astro Beyond Player kat www.astro.com.my...




tapi standard la.. org kedekut amek plan internet paling murah tak de la havoc tgk tak de buffering kan.. of coz la buffering.. potong gak la.. tapi live jugak la.. (nak bangge jugak....).. kat tv dah umum keputusan ku baru hegeh hegeh tgk R2 perform... sadis

tapi yang lagi gumbira bila bangun pagi ni tgk kat youtube dah ade video malam final.. cepat betul korang ni.... mmg terbaik ah korang ni... full lak tu, dari awal sampai abis show.. selalu malam ahad baru hegeh hegeh upload... cis buat penat je aku sedih.. lagi best tgk kat youtube.. leh download... leh tgk sampai lebam...

congrats kat man.. dia mmg deserve.. sume pun ok kalau menang sebab aku tgk raja lawak sebab ak tgk abg johan dan zizan ku saja.. walaupun dah heart ngan zizan tapi kalau tak de johan zizan tak best.. jadi nak tak nak kene sayang dua-dua sekali... haha gatai!

ok.. jap g ade kelas ngan exam.. doakan saya!!!! oh ye sok kelas kat utm leh la donlod byk2.. zizan show, raja lawak, oh yeah.. sebab internet sana MAHARAJALAJU... sekian.. dari bakal peminat MAHAJARALAWAK.. yang tak pernah undi sekali pun.. i support moral je u

Friday, March 18, 2011

Selamat Tinggal - Zizan ft Dina

dah macam blog lagu pulak... kali ni gila pulak dengan lagu zizan ft dina pulak kan.. tapi lagu ni mmg sayu dan best.. sangat best dah thumps up jugak kat zizan sebab pandai gak mat lawak ni rapping dengan sedap.. hehehe.. zizan.. raja lawak 5 ni buat aku dah gila nak tgk zizan johan je.. oh malam ni final.. saya harap MAN menang.. okeh.. mari layan lagu...



Selamat Tinggal - Zizan ft Dina

Dina:
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Zizan:
Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Dina:
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Zizan:
Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Dina:
Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dakapanmu sayang)

Walau ku pergi sayangku (usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Zizan:
Jangan biarkan ku menderita di sini
Jangan biarkan ku tersiksa di sini sayang

Dina:
Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dakapanmu sayang)

Walau ku pergi sayangku (jangan pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Aku menyintai dirimu sayang
Jangan biarkan aku sendiri di sini sayang

Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

nota kaki : oh ye!.. aweks dalam ni cun okeh, zizan pun hensem.. harap malam ni mimpi zizan.. ginilah kalau org tak de pakwe

Thursday, March 3, 2011

hanya lagu yang menjadi ingatan

just nak share quote dari wall kawan kat facebook...
" actually, the person who tries to keep everyone happy is always the most lonely person. never ever leave them alone because they will never say that they need you when they really do.."
hurmm... lonely I'm mr lonely, I have nobody, for my owwnnn.. betulkan.. sebenarnya kita yang selalu nak gembirakan dan puaskan hati semua orang yang lonely, yang kesepian, yang memerlukan sebenarnya... tapi tak pernah menyatakan...

tak pe lah... mari kita layan lagu faveret saya hari ni.. playlist mmg lagu ni je.. lepas beliau, beliau... beliau lagi.. tak tahu sampai bila.. mungkin sampai bernanah telinga kot...




Perpisahan Ini - 1st Edition feat Aizat Amdan

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir

Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu