»

Thursday, December 9, 2010

Menggamit Kenangan

3 tahun hidup di negeri johor membawa seribu suka duka, kenangan pahit manis yang akan terus tersimpan dalam hati sampai bila-bila.. kebetulan ada majlis kahwin kawan sepengajian dahulu.. tepat pada masanya.. tanpa aral.. bumi johor seakan memanggil aku kesana.. menggamit kenangan.. entah kenapa aku sebak!!.. aku tiada jawapan..

perjalanan seawal 7 dari KL dan terus ke putrajaya.. car pool.. lebih jimat.. samapi di bandar muar dan melalui jambatan yang mempersembahkan pemandangan bandar kecil dimuara yang sungguh indah... kemudian singgah di kg sungai balang.. sebenarnya kami menginap disitu.. kampung salah seorang daripada kami.. yang pasti bukan kampung aku.. walaupun agak jauh, tapi puas.. melihat suasana, keindahan.. apalagi yang menjadi idaman aku.. ya begini lah rumah idamanku.. cukup simple.. sebuah rumah kampung..

bergerak ke batu pahat mall selepas asar, tempat ini baru dibuka semasa aku tahun akhir.. tapi ia juga tempat kegemaranku.. dalam perjalanan ke parit raja, hati aku berdebar-debar, bagaimana ito(panggilan lama untuk uthm), oh!!.. perwira, kedai bubur kegemaran aku, kampus bandar, pisang tanduk goreng cicah sambal itam, ayam goreng feveret dekat wellward.. segalanya.. oh betul-betul menggamit kenangan.. ya!!.. kesemua tempat itu membuatkan aku beremosi.. katalah apa saja.. mungkin aku tak perasan.. sebenarnya aku sayangkan kesemua kenangan aku disana.. mahu ku ulangi semula.. tapi aku yakin.. kali kedua tidak akan sama manisnya seperti kali pertama...

















1 comments:

chenta said...

aku pun rindu masa dulu :(

Post a Comment