»

Monday, November 29, 2010

the making of triffle ver.chepsem1

hehehe... oleh sebab ada la satu dua tiga orang yang tanya pasal triffle entry lepas.. mak ngah saja la nak ajar cane nak buat.. malu pun ada juga sebab bukan resipi sendiri.. ni tgk belog puan nani rostam, puan nadia bayu dan puan lynna.. jadi kita adjust sikit-sikit ikut citarasa.. korang men hentam pun sure jadi punya.. cayo lah cakap den...

dan bahan-bahannya...

swiss roll atau kek span.. (mana-mana yang suka)

jem strawberry.. (ikut suka jem apa..syrup strawberry pun boleh)

3 sudu tepung kastard yang dibancuh dengan 1/2 cawan air

Susu sejat penuh krim

separuh tin gula (tin susu tadi)

jelly-jelly.. ni suka

fruit cocktail



buah-buahan ikut kesukaan dan kekretifan anda






Langkah-Langkah
  1. Potong swiss roll dan susun cantik cantik. Sapukan jem strawberry/strawberry syrup.
  2. Didihkan bersama 1 tin susu cair, 1/2 tin gula dan 1 tin air... kacau sehingga menggelegak kemudian masukkan 3 sudu tepung kastard yang telah dibancuh dengan 1/2 cawan air.. kacau dan bila dah pekat tutup api. tunggu sehingga sejuk dan tuangkan ke atas kek tadi
  3. potong buah-buah segar dan tabur, selang seli dengan fruitcocktail
  4. masak jelly (ikut instruction kat kotak) sejukkan dan tuangkan perlahan-lahan
  5. tabur lagi buah yang selebihnya atas jelly (ikut suka samada nak tunggu jelly keras atau pun tabur buah masa jelly panas.. kalau dah keras buah ada atas jelly je.. kalau jelley belum keras buah akan tenggelam dalam jelly)..perlukah explain begitu??..haha
  6. kalau rajin taruk whipped cream kat atas.. n leh tabur lagi fresh fruit....
  7. sejukkan dalan fridge...
  8. kemudian boleh makan...
sekian...

nota kaki : lapisan-lapisan ni tak la fix saya rasa.. boleh disusun mengikut kesukaan hati kamu.. jadi selamat mencuba... saya next week nak test buat macaroons... tu pun sebab terliur tgk blog nurulism...muhahaha.. sorry lambat.. ingat kan dah buat autopublish..

2 comments:

kak ita said...

tq nad!harus cuab nih.

daisy_rose said...

tq cik ira syg...berkobar nak wat!!!

Post a Comment