»

Monday, October 18, 2010

Ira si minah SAIKO

Kejadian 1 :
Masa kelas kejuruteraan perisian. tak ingat tarikh bile.. tapi dalam bulan puasa.. perbualan antara kak nad dan budak psiko...

Kak Nad : Ira, cube tengok mata akak ada merah tak??
Ira : eh merah la.. kenapa kak?? gatal tak??
Kak Nad : Gatal la.. ish nape ek.. makan apa ek?? elergic kot... akak ada makan seafood semalam
Ira : ada rasa denyut-denyut tak?? sakit tak?? tah-tah akak kene sakit mata yang jangkit-jangkit tu.. ish.. tak nak la saya dekat ngan akak.. saya dah la tak pernah kene penyakit tu.. kang tak pasal-pasal pulak kene

perbualan terhenti seketika dek jelingan manja dari dr mashitah.. 5 minit berlalu.. tiba tiba mata ira mula berdenyut-denyut.. dia gelabah.. dia dah gabra.. dia dah nak salahkan kak nad.. dia dah claim dia sakit mata.. dia bagi tau kak nad.. reaksi kak nad?? ketawa saja...

beberapa minit selepas itu mata kak nad dah tak merah.. bengkak pun dah surut.. ternyata kak nad tak sakit mata langsung.. jadi ira tu terkena sakit mata kah???

Kejadian 2 :
Audit elatihan di ABM Terengganu. Turun dari airport kak ita mengadu ada kesan bengkak di muka dia. Kak ita bajet dan agak bahawa kesan bengkak atau gelembung kat muka dia tu adalah chicken pox.. tapi si minah saiko ngan konfiden bagi tau kene gigitan semut ipoh... what the fun teori gila itu.. padahal si minah saiko ni belum pernah kene chicken pox pun...

Perjalanan diteruskan ke kuala berang.. minah saiko ditempatkan sebilik dengan kak ita.. sebenarnya mmg kitaorang pilih la ... begitu juga semasa kami menginap di grand continental hotel.. gelembung pada wajah kak ita itu tadi sudah pecah dan kak ita berazam balik saja ke KL akan terus ke Pusrawi untuk check apakah sebenarnya gejala itu..

keesokannya kak ita MC dan diberi cuti sampai seminggu akibat chicken pox.. dan si minah saiko terus je gatal-gatal badan dan rasa seram sejuk macam nak demam.. tak semena-mena ada rasa ketulan-ketulan timbul di tangan akibat kegaruan macam behruk.. tapi sampai sekarang dia tak kene pun chicken pox.. x boleh nak sahkan lagi betapa kronik nya pesakit saiko ni.. mari kita tengok kejadian ke-3

Kejadian Ke-3:
Makan di kafe pelajar UTM KL... datang awal lain macam hari tu sebab sistem yang kene present tak siap lagi.. jadi sebab kelas tak bukak lagi kami pun pergi makan di kafe.. sembang-sembang kosong.. kami pun merasakan dah sampai masanya kami bergerak ke kelas...

dalam perjalanan ke kelas kami singgah di satu mesin air untuk refill balik botol kosong semalam... seorang kawan kami kak fina telah mengisi air beliau dengan air suam.. si minah saiko yang feelin obersea mesti lah nak air sejuk beku... dalam perjalanan si minah saiko tanya kak fina..

ira : Kak.. kenapa akak tak amik air sejuk??
Kak Fina : Tak nak la.. akak amik air suam.. air suam dia dah masak.. air sejuk tu dia masak ke?? (si minah saiko tu dah takut)
ira : ye ke?? air sejuk tu dia tak masak ke?? ah!!!.. saiko sudah...

sesudah sampai ke kelas si minah saiko telah minum air tu.. tak semena-mena gigi beliau terasa ngilu yang teramat sangat.. jadi dia membuat kesimpulan bahawa air sejuk yang tak dimasak itu telah menyebabkan gigi dia sakit sehingga ke hari dia taip entry ni.. org lain minum ... OK jeeek...

notakaki :: wahai dokter.. dokter sekalian.. kronik kah penyakit SAIKO ini???

0 comments:

Post a Comment