»

Wednesday, June 30, 2010

rindu pada abah mungkin

setelah menelaah merenung buku etnik aku tertidur..pukul 2.30ptg bangun dari tidur dan terus berwuduk dan bersolat.. tidur seperti teruk sangat study..tapi ada satu yang menyentuh hati aku..

selepas solat aku terdengar bunyi org sedang panaskan enjin suzuki RGB.. cara dia start.. cara dia press.. cara die mengangkat tongkat dan press lagi dan terus memecut.. persis ABAH!!!.. walaupun setiap kali abah panaskan enjin motor die yang bising tu.. asap die banyak keluar dan aku akan mengomel-ngomel sambil tutup tingkap.. harini aku rasa hampa pula bila org diluar rumah aku terus memecut.. aku seakan mahu die menunggu lebih lama.. nampaknye mmg aku rindukan abah... sebab waktu tidur yang sejam tadi pun aku mimpikan dia..

minggu depan rindu pada mak dan abah akan terlunas...

0 comments:

Post a Comment